Wednesday 24 July 2013

Ramadhan Kembali Lagi.....


Salam Ramadhan....

Sempena bulan ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ini, pihak WEC telah mengatur beberapa aktiviti untuk bersama-sama mengisi dan mengejar 1001 keindahan dan amalan di bulan yang telah dijanji kenikmatannya oleh Allah S.W.T

Untuk pengetahuan semua, program-program ceramah tetap dijalankan seperti biasa disekolah-sekolah mengikut permintaan daripada pihak pelanggan yang kami kasihi... Alhamdulillah, sepanjang bulan ramadhan ini, pihak WEC tetap menerima jemputan ceramah dari pihak sekolah yang mula mempercayai dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami berikan... Terima Kasih...

Disini adalah antara program-program kerohanian dan kebajikan yang pihak WEC telah aturkan untuk pekerja-pekerja WEC. Semoga kita semua bukan sahaja seronok menikmati keindahan duniawi, tetapi hati dan fikiran kita tetap berpegang teguh kepadaNya, insyaallah....

Tarikh     : 18 Julai 2013
Tempat   : Pejabat Urusan Pemasaran WEC, Ukay Perdana
Masa      : 5.00 Petang - 10.00 Malam
Program : Majlis Berbuka Puasa Dan Bacaan Yasin

Tarikh    : 26 Julai 2013
Tempat  : Masjid Lubuk Kelubi dan Kawasan Perkampungan Sekitar Batu 18, Hulu Langat
Masa     : 10.00 Pagi - 10.00 Malam
Program : Pengagihan Bubur Lambuk, Sumbangan Asnaf dan Majlis Berbuka Puasa Bersama  
                 Anak Yatim

Tarikh    : 6 Ogos 2013
Tempat  : Pejabat Urusan HQ WEC, Ukay Perdana
Masa     : 10.00 Pagi
Program : Bacaan Yasin Beramai-Ramai (Staff WEC)

No comments: