KEM



PROGRAM KEPIMPINAN


RASIONAL
Kursus kepimpinan ini merupakan PROGRAM KEPAKARAN KAMI. Pemimpin adalah kumpulan yang sangat penting dalam membantu pihak atasan bagi memegang amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan. Pihak kami memandang serius terhadap keberkesanan peserta yang mengikuti program-program kami. Oleh itu, kesungguhan kami telah membuktikan mana-mana peserta yang berkhusus bersama kami majoritinya mengatakan inilah kursus kepimpinan yang terbaik mereka pernah hadiri.

METODOLOGI PENYAMPAIAN
Peserta kursus akan diberi teori dalam tempoh 2 jam dan seterusnya mereka akan mempraktikkannya dalam latihan bersama ahli kumpulan yang dibentuk. Teori kami berasaskan sifat pemimpin yang perlu ada dalam diri serta berasaskan tugas sebenar/semasa bagi setiap kategori peserta.

OBJEKTIF
  1. Mengembalikan kekuatan dan kepentingan pemimpin dalam diri peserta..
  2. Memberi keyakinan dan keberanian kepada pemimpin untuk melaksanakan tugas.
  3. Memupuk nilai setiakawan yang tinggi dan bersatupadu dalam sesebuah organisasi.
  4. Menekankan kepentingan amanah dan kerjasama semasa bertugas.

PROGRAM INI DIPIMPIN OLEH:
  1. En. Mohd Khairul bin Ramli
  2. En. Syed Alwee bin Syed Hussin
  3. En. Md Fakhrur Raazi bin Mohd Yunos
  4. En. Mohd Hafizzal bin Ramli
  5. Pn. Farah Nabillah binti Zulkifli
  6. dan dibantu oleh fasilitator-fasilitator yang terlatih.



PROGRAM JATIDIRI / BINA SEMANGAT

RASIONAL
Program ini adalah kem yang berkonsepkan LATIHAN PEMBENTUKAN PERIBADI YANG KENTAL DAN BERDAYASAING. Program ini memupuk semangat peserta untuk terus belajar dan tabah dalam setiap perkara yang dilakukan serta mampu melawan anasir-anasir atau pengaruh sekeliling yang mentejerumuskan mereka kepada kegagalan. Pihak kami memandang serius terhadap keberkesanan mahasiswa yang mengikuti program-program kami. Oleh itu, kesungguhan kami akan dilipat-gandakan untuk memastikan program ini dapat member suntikan paradigm kearah pembentukan jatidiri peserta.

METODOLOGI PENYAMPAIAN
Peserta kursus akan diberi teori dalam tempoh 2 jam dan seterusnya mereka akan mempraktikkannya dalam latihan bersama ahli kumpulan yang dibentuk. Latihan kekuatan dalaman diberikan bagi membentuk jatidiri mereka. Teori kami berasaskan kekuatan dalaman dan mencungkil potensi diri (latihan kekuatan mental dan fizikal).

OBJEKTIF
  1. Melahirkan insan yang teguh pendiriannya dan mempunyai jatidiri yang tegar.
  2. Member keyakinan dan keberanian untuk terus melakar kejayaan.
  3. Memupuk nilai setiakawan yang tinggi bagi mewujudkan kumpulan remaja berjatidiri hebat.
  4. Menekankan kepentingan amanah sebagai Khalifah



 ANTARA PROGRAM LAIN :

KEPIMPINAN MAHASISWA

KEPIMPINAN PENGAWAS

KURSUS ASAS DAN LANJUTAN PRS

KURSUS TEAM BUILDING PSS

KEM SAHSIAH DAN JATI DIRI

KHEMAH IBADAH

KEM MOTIVASI KECEMERLANGAN DIRI

PROGRAM PENGENDALIAN PELAJAR BERMASALAH (HARDCORE)

KEM UNIT BERUNIFORM

KEM BINA INSAN

PERKHEMAHAN PERDANA

DLL










 


No comments: