Monday, 14 November 2016

KENALI KAMI



WEC Group telah ditbuhkan pada tahun 2014 dan diasaskan oleh En Mohd Khairul bin Ramli. WEC Group merangkumi beberapa buah syarikat dan syarikat induknya adalah yang berasaskan MOTIVASI DAN PENDIDIKAN iaitu Wirajaya Excellence Consultancy (WEC) dan Mind Training Motivation (MTM).

Wirajaya Excellence Consultancy  ditubuhkan sejak  tahun 2005 manakala Mind Training Motivation pula ditubuhkan pada tahun 2015 dan syarikat Motivasi ini bergiat secara aktif dalam menganjurkan program pendidikan di seluruh Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan, Yayasan Negeri, Institut Pengajian Tinggi  dan sekolah-sekolah. Pada tahun 2014 sahaja pihak kami berjaya menganjurkan 330 program. Manakala pada tahun 2015 pihak kami telah menganjurkan lebih 431 program di seluruh Negara.
           
Sebagai syarikat konsultan pendidikan kami menyedari bahawa program-program sebegini amatlah penting kepada pihak sekolah dimana kami turut membantu membina sahsiah dan sikap positif pelajar mencapai kecemerlangan diri pelajar khususnya dalam peperiksaan. Sekaligus ia dapat membantu pihak sekolah memperkasakan sistem pendidikan sedia ada demi menghasilkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang selaras dengan aspirasi Negara.
            

Antara peranan penting kami di dalam sistem pendidikan adalah seperti berikut :

  • Meningkatkan kecemerlangan mutu kerja melalui pewujudan arah dan penetapan matlamat.
  • Memberi kekuatan dan kesungguhan bekerja dengan lebih cemerlang melalui sikap kerja yang positif.
  • Membantu jabatan-jabatan mempertingkatkan mutu kerja pegawai-pegawai kearah sikap positif yang berorientasikan pencapaian.
  • Membantu dan memudahkan pelajar, ibu bapa dan guru-guru dalam mengenalpasti masalah-masalah pelajar dalam sistem pembelajaran dan mencadangkan kaedah penyelesaian yang terbaik.
  • Membantu pihak sekolah mempertingkatkan tahap disiplin dan memotivasi serta kecemerlangan diri seterusnya menjana kecemerlangan pelajar.
  • Menyediakan program inovasi yang terkini supaya pelajar mampu mencapai kecemerlangan diri khususnya dalam peperiksaan.