Thursday, 13 November 2014



KURSUS KEPIMPINAN


RASIONAL
Kursus kepimpinan ini merupakan PROGRAM KEPAKARAN KAMI. Pemimpin adalah kumpulan yang sangat penting dalam membantu pihak atasan bagi memegang amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan. Pihak kami memandang serius terhadap keberkesanan peserta yang mengikuti program-program kami. Oleh itu, kesungguhan kami telah membuktikan mana-mana peserta yang berkhusus bersama kami majoritinya mengatakan inilah kursus kepimpinan yang terbaik mereka pernah hadiri.

METODOLOGI PENYAMPAIAN
Peserta kursus akan diberi teori dalam tempoh 2 jam dan seterusnya mereka akan mempraktikkannya dalam latihan bersama ahli kumpulan yang dibentuk. Teori kami berasaskan sifat pemimpin yang perlu ada dalam diri serta berasaskan tugas sebenar/semasa bagi setiap kategori peserta.

OBJEKTIF
  1. Mengembalikan kekuatan dan kepentingan pemimpin dalam diri peserta..
  2. Memberi keyakinan dan keberanian kepada pemimpin untuk melaksanakan tugas.
  3. Memupuk nilai setiakawan yang tinggi dan bersatupadu dalam sesebuah organisasi.
  4. Menekankan kepentingan amanah dan kerjasama semasa bertugas.

PROGRAM INI DIPIMPIN OLEH:
  1. En. Mohd Khairul bin Ramli
  2. En. Syed Alwee bin Syed Hussin
  3. En. Md Fakhrur Raazi bin Mohd Yunos
  4. En. Mohd Hafizzal bin Ramli
  5. Pn. Farah Nabillah binti Zulkifli
  6. En. Muhammad Mustaqim bin Shaharudin
  7. En. Mohamad Fahmi Bin Mohamad Bajuri
  8. dan dibantu oleh fasilitator-fasilitator yang terlatih.

No comments: